
1. 'Red Spot'
Di sudut inilah tersimpannya buku-buku rujukan khas yang tidak boleh dipinjam keluar oleh pelajar-pelajar. Buku-buku disimpan di dalam rak bercermin kaca supaya dapat dilihat oleh para pelajar.

2. Sudut Akses Kendiri (Self Access Learning: SAL)
Terdapat banyak helaian lembaran kerja merangkumi semua matapelajaran boleh digunakan oleh para pelajar. Pelajar boleh cuba untuk menjawab soalan-soalan yang telah disediakan dan menyemak jawapan.
3. Sudut NILAM

Kotak-kotak NILAM untuk setiap kelas disediakan bagi memudahkan pelajar mengambil dan merekod bacaan masing-masing. Kotak-kotak tersebut juga boleh dibawa ke kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk program NILAM.

4. Sudut Rujukan
Buku-buku rujukan serta lain-lain bahan bacaan boleh didapati di rak-rak yang telah disediakan.

5. Sudut Eksplorasi Eksekutif
Sudut ini mempamerkan wajah tokoh-tokoh Sejarah dan pemimpin-pemimpin.

6. Sudut Tenang Minda
Di samping bahan-bahan bacaan, terdapat satu sudut tenang minda di mana pelajar-pelajar boleh merehatkan fikiran dan menenangkan minda.
No comments:
Post a Comment