Oleh: Pn Aliza Adziz, Guru Unit Pusat Sumber, SMK Taman Jasmin 2

Monday, September 9, 2013

Minggu Pusat Sumber 2013

Minggu Pusat Sumber SMK Taman Jasmin 2 telah dilancarkan pada 8 Julai 2013 oleh Pn Ariati Kandak, Pengetua SMK Taman Jasmin 2. Minggu yang bertemakan "Kurikulum Asas Kecemerlangan Modal Insan" itu berlangsung bermula 8 hingga 12 Julai 2013. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Pusat Sumber tahun ini termasuklah Pameran Mata Pelajaran, Pertandingan Jejak Maklumat, Teka Silangkata, Pertandingan Teka Berat Buku, Pertandingan Melukis Kulit Novel serta Pameran dan Jualan Buku.
Majlis Pelancaran telah dimulakan dengan bacaan doa dan diacarakan oleh
Pn Kamariah Abd Salam. Ucapan Alu-aluan disampaikan oleh Pn Zainiah Hj Ismail, Guru Media SMK Taman Jasmin 2. Ucapan Perasmian disampaikan oleh
Pn Ariati Kandak.




Gimik Pelancaran disempurnakan oleh Pn Ariati Kandak.
Persembahan pelajar-pelajar SMK Taman Jasmin 2
pada hari pelancaran termasuklah Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu "Fikirkan Boleh".


Pn Ariati Kandak, Pengetua SMK Taman Jasmin 2
 merasmikan Pameran Mata pelajaran sempena Minggu Pusat Sumber 2013.



   
Pameran Mata Pelajaran yang menarik mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar.



Pameran dan Jualan Buku telah diadakan
di Foyer SMK Taman Jasmin 2 pada 9 - 10 Julai 2013.


 Disediakan oleh: Pn Aliza Adziz, Guru Unit Pusat Sumber, SMK Taman Jasmin 2.

Buku Baru di PSS

Buku Baru di PSS

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 4 & 5 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bermula 7 hingga 22 Mei 2013 serta pelajar Tingkatan 3 pada 14 - 22 Mei 2013.

Sejarah Pusat Sumber

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SMK Taman Jasmin 2
Pusat Sumber SMK Taman Jasmin 2 telah mula beroperasi pada tahun 2003. Pusat Sumber pada masa itu tidak mempunyai apa-apa buku dan hanya terdapat kelengkapan seperti kerusi, meja dan rak-rak buku sahaja. Pada bulan Februari 2003, buku-buku sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia mulai sampai ke sekolah. Sebanyak 3 500 buah buku telah siderahkan kepada Pusat Sumber Sekolah. Buku-buku yang telah disumbangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia itu telah diproses dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2003. Pada 18 Ogos 2003 pihak pengurusan Pusat Sumber telah menganjurkan Minggu Pusat Sumber buat kali pertama dengan mengadakan pelbagai aktiviti pameran Kurikulum.

Followers