Majlis Pelancaran Program NILAM SEDAERAH telah diadakan pada 3 Ogos 2009. NILAM SEDAERAH ialah pelaksanaan program NILAM serentak di semua sekolah di daerah Hulu Langat. Objektif utamanya ialah untuk menerapkan sikap suka membaca dalam kalangan pelajar secara berterusan bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berketerampilan serta kreatif pada masa akan datang.
Bersempena dengan itu juga, PSS SMK Taman Jasmin 2 mengadakan Minggu Pusat Sumber bermula 3 Ogos sehingga 14 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti telah disusun termasuklah beberapa pertandingan seperti Pertandingan Teka Berat Buku, Pertandingan Mencipta Slogan Pusat Sumber dan Pertandingan Mencipta bahan pembelajaran berunsurkan ICT. Pameran dan Jualan Buku juga akan diadakan pada 12 Ogos 2009.