Minggu Pusat Sumber SMK Taman Jasmin 2 telah dilancarkan pada 8 Julai 2013 oleh Pn Ariati Kandak, Pengetua SMK Taman Jasmin 2. Minggu yang bertemakan "Kurikulum Asas Kecemerlangan Modal Insan" itu berlangsung bermula 8 hingga 12 Julai 2013. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Pusat Sumber tahun ini termasuklah Pameran Mata Pelajaran, Pertandingan Jejak Maklumat, Teka Silangkata, Pertandingan Teka Berat Buku, Pertandingan Melukis Kulit Novel serta Pameran dan Jualan Buku.
![]() |
Gimik Pelancaran disempurnakan oleh Pn Ariati Kandak. Persembahan pelajar-pelajar SMK Taman Jasmin 2 pada hari pelancaran termasuklah Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu "Fikirkan Boleh". |
![]() |
Pn Ariati Kandak, Pengetua SMK Taman Jasmin 2 merasmikan Pameran Mata pelajaran sempena Minggu Pusat Sumber 2013. |
![]() |
Pameran Mata Pelajaran yang menarik mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar. |
![]() |
Pameran dan Jualan Buku telah diadakan di Foyer SMK Taman Jasmin 2 pada 9 - 10 Julai 2013. |
Disediakan oleh: Pn Aliza Adziz, Guru Unit Pusat Sumber, SMK Taman Jasmin 2.